Saturday, May 04, 2002

Salam dari Taiwan (Heng Chun Camp)

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini. Sebab pertama kenapa aku mendiamkan diri ialah aku sibuk dengan tugasku. Sebab kedua ialah tiada apa-apa perkara dan perkembangan menarik berlaku dalam hidupku. Tapi sekarang agak berbeza sedikit, kerana sekarang aku sedang menjalani latihan reservistku. Aku sekarang sedang menulis dari kem. Kem ini letaknya, bukan di Singapura, tetapi di selatan Taiwan!

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar di sini. Hari ini adalah hari ketiga aku di kem ini. Tak sabar rasanya nak balik.

Baiklah... ada sedikit perkara yang ingin aku kongsi bersama anda semua mengenai Taiwan. Pertama sekali, Islam sudah lama bertapak di Taiwan. Masyarakat Islam Taiwan secara amnya berpusat di kota Taipei di bahagian utara. Di Taiwan hanya terdapat 6 buah masjid saja! Masjid yang terdekat dengan kem ialah di bandar Kaohsiung, yang letaknya kira-kira 100km dari kem (lebih kurang 3 jam dengan kenderaan).