Monday, October 24, 2005

Menemukan Karya-Karya Yang Hilang

Di dalam kesibukan, aku dan Azmah sempat untuk membuat sedikit persiapan untuk menyambut 'Eid-ul-Fitr buat pertama kali di rumah sendiri. Maklumlah, aku baru saja pulang dari kerja dan masih mengantuk; Azmah pula menghadiri kursus. Selepas habis kursus, kami bertemu di Causeway Point. Kita sempat reserve table di Delifrance sebelum pergi shopping agar tidak kempuan bila hendak berbuka nanti. Sekitar 8 malam barulah kami sampai rumah. Mata punyalah liat, akhirnya kami terus 'pengsan' sebaik saja kami merebahkan diri di atas katil. Terjaga kira-kira pukul 11 malam. Terus ke dapur untuk masak makanan untuk sahur....

Tadi aku sedang menggelungsur Internet. Entah kenapa, aku taip namaku di dalam Google. Mungkin secara kebetulan, enjin pencarian itu menunjukkan URL ke lelaman Istana Pujangga Mutiara (IPM). Bukan IPM yang ada sekarang ini... tapi yang original (beta-version)! Masih wujud lagi rupanya... ingatkan dah tak ada lagi. Lelaman itu aku reka ketika aku di tahun pertama pengajiaanku di NgeeAnn Polytechnic, waktu itu aku baru saja mula berjinak-jinak dengan Internet dan mereka lelaman web. Yang bestnya, lelaman itu memuatkan puisi-puisi dan beberapa cerpen Inggeris bergenre science fiction (yang merupakan assignment dari kelas Writing & Scripting) yang aku tulis sekitar tahun 1998 dan sebelumnya yang telah hilang hard-copy mahupun soft-copy-nya. Alhamdulillah! Kemudian aku ke lelaman bahasawan.org pula. Di sana, kutemui beberapa puisi yang aku tulis sekitar 1998-2002. Alhamdulillah sekali lagi. Puisi-puisi dan cerpen-cerpen ini akan aku muatkan di lelaman IPM. Kalau senang, silalah mampir ke lelamanku. Kuakhiri dengan pantun dari IPM Beta-Version...

Terdengar meriah paluan kompang,
Menyambut para tetamu yang datang,
Wajah berseri tersenyum girang,
Diharap puas mata memandang.

Saturday, October 22, 2005

Harapan Ramadhan

Kita sekarang sedang mendekati sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Apakah kita sudah cukup memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini? Apakah Ramadhan kali ini sama seperti Ramadhan yang sudah? Buatku, Ramadhan kali ini tidak dapat aku manfaatkan sepenuhnya, kerana kelemahan diri sendiri. Tak terdaya rasanya untuk meningkatkan amalan untuk Ramadhan kali ini... ini yang membuat aku adakalanya sedih. Bila terdengar lagu Harapan Ramadhan nyanyian Man Bai & kumpulan Raihan di radio, hatiku terasa sayu. Seolah-olah lagu itu mencerminkan kesayuan yang yang bersarang di hati ini...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Semoga lagu ini dapat kita jadikan iktibar untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit ke arah mendapatkan Mardhatillah, iaitu keredhaan Allah bukan keredhaan manusia......

Wednesday, October 12, 2005

Reviu album "Cinta Arafah" dari Projek Sirrfillsirr

Minggu lepas aku telah ke Muzika Records di Geylang dan telah membeli album Projek Sirrfillsirr yang dianggotai oleh penulis Isa Kamari, pencipta lagu Mohd Khair Mohd Yasin dan pendatang baru Tzi. Album mereka, Cinta Arafah diilhamkan dari antologi puisi Isa Kamari yang berjudul Munajat Sukma, menceritakan tentang pengalaman beliau di tanah suci Makkah dan Madinah. Lagu-lagu dalam album ini menyentuh perasaanku kerana mengingatkan aku pada masa aku sendiri pernah menunaikan umrah pada tahun 2000. Kesemua lagu sungguh bermakna dan menyentuh kalbu, tetapi aku rasa seperti ada sesuatu yang kurang dalam album ini. Mutu audio tidak begitu memuaskan. Music arrangement juga seolah-olah seperti sengaja dicacatkan sedikit. Aku katakan sengaja kerana mungkin sangkabaikku, mereka tidak mahu para pendengar khayal mendengar lagu-lagu mereka hingga lupa tanggungjawab mereka sebagai insan. Kalau inilah matlamat mereka, alhamdulillah mereka telah berjaya. Lagu-lagu dalam album mereka memang catchy dan senikata puitis mereka juga mudah melekat di minda. Aku tertarik dengan lagu Kristal Gula (selain dari lagu Kaabah dan Cinta Arafah) kerana penulis membandingkan Kaabah dengan seketul kristal gula. Kristal gula dari syurga \ dikerumuni jiwa-jiwa semut \ damba iman kasih \ basah pelipis. Sungguh tepat sekali perbandingan itu. Bila dikenangkan kembali waktu umrah dulu, memang kita semua adalah seperti semut yang mengerumuni kristal gula (Kaabah) untuk mendapatkan sedikit kemanisan (kemanisan iman) untuk dibawa pulang.