
Insya-Allah, jika tiada aral melintang, aku dan Azmah akan pergi bercuti ke Jordan minggu depan. Cuma masalahnya, flight kami, hingga ke waktu ini, masih belum diconfirmkan lagi.
Ramai orang telah bertanya, kenapa Jordan? Kenapa tak tunaikan umrah saja?
Di sini aku senaraikan jawapanku:
- Aku sudah pergi umrah. Sekali cukup. Azmah belum, tapi insya-Allah, kita sudah buat perancangan untuk buat umrah Ramadhan di masa hadapan, bila bulan Ramadhan jatuh pada musim cuti sekolah.
- Di Jordan ada banyak tempat-tempat bersejarah. Di antara tujuan kami ialah untuk menziarahi tempat-tempat ini.
- Di Jordan jugalah berlakunya Peperangan Mu'tah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W., di mana tentera Islam yang kecil berhadapan dengan tentera Rum yang jauh lebih besar. Di peperangan ini, Zaid Bin Harithah, Jaafar Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah (radhi-Allahu anhum [R.A.]) mati syahid, dan di peperangan ini juga Khalid Al-Walid berperang untuk pertama kalinya di pihak Islam. Tempat peperangan ini sekarang dipanggil Kerak, dan makam ketiga-tiga syuhada dan panglima Islam ini masih ada di sana.
- Gua Ashabul Kahfi ada di sini.
- Makam Nabi Harun A.S., Nabi Syuaib A.S & Abu Ubaidah R.A.
- Laut Mati, Gua Nabi Lut A.S. & Petra -- tempat-tempat bersejarah yang akan kami lawati, insya-Allah
- Istana-istana peninggalan Perang Salib
- Pergi tunaikan umrah, pergi Baitul-Maqdis, Mesir atau Turki, bagi kami adalah terlalu common. Sudah terlalu banyak sangat agensi pelancongan milik orang Islam yang menawarkan pakej ke tempat-tempat ini, tetapi hampir tiada (mungkin ada satu atau dua saja) yang menawarkan pakej ke Jordan (bukan pakej Baitulmaqdis-Ammam-Damascus). Ironinya, agensi yang kami tempah untuk menguruskan pakej pelancongan kami adalah milik non-Muslim, tetapi dia boleh customize mengikut kehendak kami untuk menziarah tempat-tempat besejarah Islam, untuk tidak membawa kami pergi shopping, untuk membawa kami ke tempat-tempat terpencil agar lebih adventurous dan rugged. Aku harap agensi pelancongan milik orang Islam kita dapat berbuat begini dan bukan setakat tumpukan perhatian kepada tempat-tempat yang ada mass appeal seperti Mesir, Baitulmaqdis, Turki, Islamic China & Korea. Adakanlah juga pakej-pakej niche ke tempat-tempat terpencil di Central Asia (yang juga banyak tempat-tempat bersejarah Islam) dan Timur Tengah.... macam apa yang TM Fowzy buat dengan pakej Islamic Central Asia-nya. Barulah bisnes boleh maju. Kalau tak, orang macam aku akan lari ke agensi non-Muslim yang customer servicenya jauh lebih memuaskan.
- Jordan tidaklah huru-hara dan kacau-bilau seperti yang disangkakan kebanyakan orang, walaupun ia berjiran dengan Syria dan Israel.
- Kami ingin pergi ke tempat-tempat yang biasanya orang Melayu Islam / Singapura tak pergi. Barulah memorable.
Kami masih lagi menunggu jawapan bagi pengesahan dan konfirmasi penerbangan kami..... eh, aku baru dapat SMS dari Azmah,
flight dah
confirm! Kami akan transit di Doha dalam perjalanan pergi dan kembali. Doha sekarang sedang sibuk dengan
Asian Games, dan rancangan kami untuk melancong pula bertembung dengan
Asian Games.... sebab tulah sukar nak
confirm flight. Kepada Is. A., kalau kau terserempak dengan blog aku ini, aku minta maaf kerana asyik tukar-tukar tarikh
leave application aku hingga menyusahkan engkau. Kerana Asian Games lah aku susah nak confirm hari aku bertolak dan kembali bekerja semula.
Kepada teman-teman dan saudara-mara yang asyik bertanya, "Kenapa pergi Jordan? Kenapa tak umrah sekali?", aku harap jawapanku di sini mencukupi. Kepada pemilik agensi pelancongan Islam, harap boleh ambil iktibar dan jangan main asyik
follow the crowd saja.
Once in a while, must try to blaze your own trail for others to follow... ok? Macam Ustaz TM Fowzy punya agensi. (Insya-Allah kalau ada rezeki, kami akan ambil pakej TM Fouzy ke Central Asia... negeri Kazakhstan, Turkistan, Tukmekistan,
Go-head Gostan....)
Hmmmmm...... aku baru jer dapat emel dari isteri tercinta..... mengenai
flight detail yang baru saja
confirm ni.... nampaknya lama juga kami akan
transit di Doha...... berjam-jamlah! Tak apalah, kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. Bolehlah kita jalan-jalan kejap kat Doha, walaupun setakat pusing-pusing mundar-mandir dalam
airport pun jadilah.....
Kalau kami sempat masuk
cybercafe kat Jordan nanti, insya-Allah aku akan
update blog ini dengan kisah-kisah pengembaraan kami di Jordan.... kisah merentas padang pasir dengan berkuda ke.... kisah mendaki gunung untuk ke makam Nabi Harun ke... kisah tayar 4WD pancit tengah-tengah sahara ke... kisah makan makanan eksotik Timur Tengah ke (daging cicak Dhob, misalnya).... dan apa-apa entah.
Tapi yang pastinya, kami akan pulang, insya-Allah, dengan foto, rakaman video
(mini-DV with 3-CCD quality), catatan jurnal dan kenangan yang sukar dilupakan.