Sunday, January 28, 2007

Barongan, Hanuman & watak mitos Hindu/Bali di majlis walimah Islam?

Hari ini, ketika menghadiri di sebuah majlis walimah, aku terkejut bila kehadiran pengantin lelaki diiringi dengan kumpulan kompang dan watak-watak mitos Hindu/Bali seperti Barongan, Hanuman (dewa monyet) dan berbagai-bagai watak jembalang yang menakutkan.

Apa sudah jadi dengan orang Melayu kita? Kenapa identiti Islam digantikan dengan identiti Hindu?

Tidakkah pengantin dan keluarga mereka terfikir, apakah yang telah mereka lakukan?

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu di rantau ini rata-rata beragama Hindu. Bila Islam berkembang di rantau ini, semua amalan orang-orang Melayu telah disucikan oleh ajaran Islam. Lantas, upacara-upcara adan adat-istiadat Hindu dilenyapkan dan diganti dengan amalan berteraskan Islam.

Dalam majlis walimah tradisional Melayu, paluan kompang diterapkan sebagai simbol penghijrahan. Penghijrahan dari zaman bujang ke zaman berumahtangga.

Ketika Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah, penduduk Madinah menyambut kedatangan Baginda dengan paluan kompang dan nyanyian bersenikatakan kegembiraan penduduk Madinah atas kedatangan Baginda (lagu 'Tola'al Badru Alaina', - bermaksud 'Purnama Terbit Di Atas Kami'). Sunnah ini diabadikan di majlis-majlis walimah dengan paluan kompang dan nyanyian selawat untuk menyambut kedatangan mempelai.

Yang sedihnya, di majlis yang aku hadiri tadi, kedatangan mempelai diiringi paluan kompang dan tarian Hanuman, Barongan, sebuah puppet lembu (mungkin lembu betina yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu) dan beberapa ekor jembalang berambut panjang, berwajah mengerikan dan bertaring.

Ada dah jadi?

Ini majlis walimah orang Islam atau orang Hindu?

Apakah mesej yang ingin disampaikan sebenarnya?

Sila lihat dalil-dalil di bawah ini:

  1. Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah (may Allaah have mercy on him) said: “The Qur’aan, Sunnah and ijmaa’ (scholarly consensus) all indicate that we must differ from the kuffaar in all aspects and not imitate them, because imitating them on the outside will make us imitate them in their bad deeds and habits, and even in beliefs, which will result in befriending them in our hearts, just as loving them in our hearts will lead to imitating them on the outside. Al-Tirmidhi reported that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said, “He is not one of us who imitates people other than us. Do not imitate the Jews and Christians.” According to another version: “Whoever imitates a people is one of them.” (Reported by Imaam Ahmad)
  2. "Whoever imitates some people, he becomes one of them." This hadith has been narrated by Abu Dawud on the authority of Ibn `Umar.
Maaf jika ada yang tersinggung. Baik ahli keluarga sendiri mahupun orang luar. Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepadaku dan semua umat Islam di dalam sebuah sabdaannya yang lebih-kurang bermaksud: "Jika kamu melihat suatu kemungkaran, ubahlah dengan tangan. Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisan. Dan jika masih tidak mampu, bencilah perbuatan itu di dalam hati; ini adalah selemah-lemah iman."

(Hadis penuhnya berbunyi begini: Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiAllahu anhu, beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya, maka hendaklah dia menegahnya dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa, maka hendaklah dia menegahnya dengan lidahnya. Dan jika dia tidak dapat berbuat demikian ini pun, maka hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini adalah iman yang selemah-lemahnya.” - diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah & An-Nasa'i)

Kalau tidak ada sedikit pun kebencian dalam hati bila melihat kemungkaran, apakah itu bermakna tiada iman dalam hati? Tepuk dada, muhasabahlah diri.

Harap sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam persembahan khurafat ini, harap beri penjelasan. Kalau tidak pun, harap beristighfar dan bertaubatlah.

Herman Mutiara

1 comments:

Anonymous said...

Aslkm Herman,

We were probably at the same wedding. And similarly, I was shocked when the pengantin arrived led by that hideous looking thing.

Which led me to google for more information about it & our "islamic" values - hence, your blog.

Benci di hati...most definitely.

Salam,
Far