Friday, February 16, 2007

Assignment Novel

Pada hari Isnin yang lepas, aku telah buat temujanji dengan Isa Kamari di Pasar Geylang Serai. Kami bersembang-sembang mengenai penulisan novel sambil Abang Isa menghirup teh tariknya dan aku menikmati minuman Red Bull sejuk.
Di akhir pertemuan kami, Abang Isa telah memberikan aku assignment. Langkah pertama dalam usaha untuk menghasilkan novel pertamaku. Inilah assignmentnya, dari catatan Abang Isa yang aku ambil dari lelamannya, isakamari.com:
Saya telah memulakan pertemuan sulung dengan seorang calon novelis pertama petang tadi di Geylang Serai. Assignment yang saya berikan kepadanya ialah menulis sebuah cerpen berdasarkan satu kejadian 'traumatic' sebenar yang pernah dilalui beliau. Cerpen itu adalah untuk mengesan kedalaman pengalaman tersebut dan meninjau potensi perkembangannya menjadi sebuah novel.
Assignment kedua pula ialah melakarkan adegan-adegan sebelum dan selepas kejadian tersebut yang merupakan 'turning point' dalam hidup beliau.
Saya sarankan agar menggunakan kejadian sebenar kerana ia lebih jitu dan mengesankan. Elemen imaginasi akan disuntik ke dalam rangka cerita yang bakal direka.
Ada satu lagi elemen yang akan diserapkan iaitu falsafah dan kesan artistik dalam karya. Calon novelis ini mengatakan beliau sukakan karya surreal. Saya kata aspek ini boleh diterapkan sebagai satu lagi lapisan kepada penceritaan. Baik dicatatkan juga sebagai peringatan dan dorongan.
Tempoh assignment: SATU BULAN dari sekarang.

0 comments: