Idea untuk klip video "Balada Ulat & Daun"
Sekarang musim hujan, masa yang sesuai untuk aku cuba untuk merakamkan klip video untuk lagu "Balada Ulat & Daun". Bagi yang belum pernah mendengarnya, sila klik ikon di bawah.
awan hitam bergabung
hujan mulai turun
titis demi titis hinggap di pohonan rimbun
aku mencari teduh
di balik dahan yang rapuh
di bawah sehelai daun aku berpayung
hati mula berkocak
angin bertukar rentak
ribut cuba mengoyak malam pekat ini
aku hanya mampu berserah
kepada Yang Kuasa
hidup dan matiku hanya di tangan-Nya
di bawah daun
aku berpayung
dari kengerian ini
di bawah payung
aku berpayung
dengan kepasrahan ini
(lagu/senikata: Mutiara)
Idea yang aku ada ialah untuk merakamkan video ini dalam keadaan hujan. Elemen yang ingin aku terapkan ialah seperti berikut:
- Awan hitam
- Hujan mula turun
- Watak utama (aku) berlindung di bawah pohon
- Hujan semakin lebat
- Hujan di waktu malam
- Watak utama bernyanyi di beberapa tempat teduh yang berasingan bersama dan tanpa gitar
- Longkang / parit yang di dalamnya mengalir air deras
- Sehelai daun kering jatuh di atas permukaan air (slow motion, kalau boleh)
- Watak utama berjalan di dalam hujan / berpayung
- Titisan air yang menitis dari ranting pokok atau bumbung rumah atau tempat teduh berlatarkan langit mendung. Fokus bertukar dari titisan air di foreground kepada langit di background.
Mengenai peralatan, tidak menjadi masalah. Aku ada kamera 3CCD, wide-angle lens, lampu portable & tripod. Itu saja yang diperlukan. Untuk lokasi utama penggambaran, aku rasa sekitaran Bukit Batok amat sesuai kerana adanya banyak taman menghijau seperti Little Guilin, Bukit Batok Nature Park dan Greenwood Park (depan rumahku). Tak payah pergi jauh-jauh. Lokasi sekunder juga boleh difikirkan, tetapi itu pun selepas penggambaran di lokasi utama tamat.
Kalau ada sesiapa yang ingin bersama-samaku untuk menyiapkan klip video ini, sila hubung aku.
0 comments:
Post a Comment