Wednesday, December 05, 2007

Al-Qur'an dan As-Sunnah -- panduan hidup kita

Salam semua,

Sekadar ingin berkongsi dua potong Hadis buat renungan.....

Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan padamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila berpegang teguh kepada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga." (HR Al-Muwatta' disahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami')

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda: "Sebagai pendahuluan, maka sesungguhnya sebaik-baiknya ucapan adalah Kitab Allah (Al-Qur'an), dan sebaik-baiknya petunjuk yaitu petunjuk Nabi Muhammad S.A.W. (Al-Hadis). Dan sejelek-seleknya perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat." (HR Muslim)

Dalam ertikata lain, jadikanlah Al-Qur'an & As-Sunnah itu sebagai satu kayu ukur / benchmark untuk kita mengendalikan kehidupan kita.

Juga, Allah S.W.T. telah memberikan kita masing-masing akal yang boleh membezakan yang benar dan yang batil, yang benar dan yang salah, yang logik dengan yang merepek. Akal dipertajami dengan menuntut ilmu dan berfikir.

Islam adalah agama yang logik dan faktual dan tiada ruang dalam Islam untuk keraguan dan kesamaran, apatah lagi ketidakbenaran.

Islam mengajar kita untuk berfikir untuk diri sendiri dan tidak menerima apa-apa saja informasi at face-value. Apa saja yang diterima tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, tetapi harus dikaji dan diselidiki kebenarannya. Kita sebagai Muslim harus jadi seperti jauhari yang dapat membezakan manikam asli dengan permata tiruan, kalau tidak hidup kita akan jadi sia-sia kerana mengejar bayang-bayang yang kita sangkakan syurga.

Pak Tua menangis sendiri
mengenangkan nasib diri
walaupun puas mencari
namun belum ketemui

Cik Buyung riang selalu
damai dan tenang hati
walaupun tak berusaha
dia ketemui


(M. Nasir, 'Insan dan Manikam')

Semoga kita semua dapat menjadikan Al-Qur'an & As-Sunnah pedoman dan panduan hidup kita dan dihindarkan dari perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama agar terpelihara jiwa dan raga.

Allahu a'lam bissawab.

Wassalam.


Herman Mutiara
04/12/2007

0 comments: