Monday, December 10, 2007

Dialog Iblis dengan Allah

Kisah dan Teladan:
Tempat Tinggal Iblis
(Berita Minggu 9 Disember 2007, ms. 8)

Anas bin Malik berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada-Mu, oleh itu tunjukkanlah kepadaku tempat kediaman untukku."

Allah berfirman: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpula ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, pusat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Qur'an) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu adalah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya: Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah pula yang menjadi utusanku?"

Firman Allah: "Para utusanmu terdiri daripada para bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Qur'an yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta laukisan di badan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal dan yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasululah SAW: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu berasa bosan. Sesungguhnya amalan-amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Hadis riwayat Muslim)

0 comments: