Assignment Novel bahagian kedua
Kisah ini terbagi dua. Di bahagian pertama saja aku sudah bertemu dengan masalah. Draf pertama lemah tanpa apa-apa emosi. Hanya sekadar rentetan flashback yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kubuang draf pertama dan start afresh. Draf kedua nampaknya lebih baik sedikit dari draf pertama, tetapi masih tiada apa-apa kejutan.
Kucuba tulis bahagian kedua. Selepas beberapa peranggan saja, otakku mati. Rentetan emosi yang ingin aku terapkan tidak kesampaian. Pacing cerita juga mati. Aku langsung tidak dapat tumpukan perhatianku kepada tugasan ini.
Aku ada satu lagi artikel yang perlu aku tulis untuk newsletter di tempat kerja. Beberapa hari yang lepas, boss panggil aku ke ofisnya. Dia tanya kenapa tahun lepas aku tidak menulis apa-apa rencana dalam newsletter. Aku beritahunya, aku ada menulis satu atau dua, tetapi semua kena reject kerana topik yang aku sentuh (kes serangan gas pemedih mata di dalam bas di CCK) terlalu sensitif. Jadi kali ini, nak tak nak aku perlu tulis juga. Aku sudah terima lampu hijau dari editor untuk tulis rencana mengenai pasukan bolasepak stesenku yang sejak dua tahu yang lepas telah banyak membolot berbagai-bagai piala dalam berbagai-bagai kejohanan. Aku diberi satu mukasurat penuh. Stress juga bila fikirkan. Rencana tidak perlu panjang berjela, tetapi mestilah disertakan dengan gambar-gambar. Masalahnya, setakat ini aku cuma ada satu gambar saja. Malam semalam, aku terima panggilan telefon, ada satu lagi gambar dihantar di alamat emel kerjaku. Pada hujung minggu ini, aku akan 'turun padang' untuk mengambil gambar pasukan bolasepak itu beraksi. Inilah kali pertama aku tulis rencana sukan.
Mengenai tugasan novel, aku ingin meminta maaf kepada Abang Isa. Bang, boleh tak extend deadline-nya?