Tuesday, June 26, 2007

Dialog Seorang Pendakwah dengan Seorang Ahli Bomba (2)

seorang ahli bomba bertanya
kepada seorang pendakwah,
'kenapa ada muslim sanggup jadi terroris
membuat kemusnahan dan huru-hara serata dunia?'

jawab si pendakwah,
'kerana api yang marak
dalam jiwa
disalahguna.'

Dialog Seorang Pendakwah dengan Seorang Ahli Bomba (1)

seorang pendakwah bertanya
kepada seorang ahli bomba,
'kenapa masuk bomba?'
jawabnya, 'aku ingin selamatkan manusia dari api.'

'oh, samalah kita,'
si pendakwah berkata.

Monday, June 25, 2007

Maafkan Aku

Lagu ini diilhamkan dari puisi ciptaan Adnan A.M. yang tersiar di lelaman eSastera.com




Maafkan aku
kerana tersangkut hati
pada liuk-lintukmu
engkaulah mawar di ranting tinggi
engkaulah mawar penuh berduri.

Maafkan aku
melukis indah kelopakmu
di kanvas resahku ini
menghidu wangi kembangmu
di kamar rinduku ini.

Maafkan aku
mengecap manis madumu
di mimpi indah yang gagal sudah
realiti datang mengganggu
dan aku duduk termangu.

Maafkan aku
menunggu dalam gelisah
mimpi indah yang belum sudah
sehingga dapat ku labuhkan noktah.

Izinkan aku
mengurung jelita wajahmu
di dalam sangkar ingatan
biar kucumbu di sofa fantasi
hanya itu yang aku mampu
maafkan aku!