Saturday, December 29, 2007

Projektil

semalam
sekali lagi
syaitan itu menunjukkan taringnya
dari mulut berbau hanyir
terpantullah seekor ulat
yang kemudian memuntahkan peluru
lalu meletupkan dirinya
melayanglah
puluhan nyawa tak berdosa
bersama kepulan asap,
debu dan projektil berbisa
jatuh terkulai jasad seorang srikandi
bersama nasib bangsanya sendiri
sebelum sempat menyambung misi
bumi Sindh bermandian darah
sekali lagi
darah syuhada

(28/12/2007)

Tuesday, December 25, 2007

Seni, Islam Dan Jemaah

(Artikel ini diambil dari penerangan saya mengenai seni pementasan berlandaskan Islam di thread 'Pondok 2000' di forum isakamari.com.)

Salam.

Maaf, saya tidak berpeluang menonton Pondok. Namun, pementasan seni Islami sebenarnya adalah sesuatu yang sangat dekat di hati saya.

Saya juga pernah memegang peranan sebagai penulis skrip, pengarah dan pelakon untuk 2 drama Islami bertajuk "Companions of the Cave" & "Hijrah". Sasaran penonton saya waktu itu adalah para belia dan remaja. Kisah-kisah yang saya tonjolkan dalam drama-drama saya diambil dari sejarah ("Companions" adalah pemahaman saya pada kisah Ashabul Kahfi dari Al-Qur'an, Surah Al-Kahf, sementara "Hijrah" adalah percubaan eksperimental saya untuk memuatkan intipati keseluruhan Sirah Nabawiah dalam sebuah drama sepanjang setengah jam.)

Alhamdulillah, respon yang saya terima dari berbagai pihak adalah memberangsangkan. Hingga pihak Young Muslim Secretariat (YMS)dari MUIS pernah mempelawa saya untuk menubuhkan dan mempelopori sebuah kumpulan "Islamic performing arts" di bawah naungan YMS. Namun di waktu itu, saya kurang bersedia untuk menyahut seruan itu. Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian, dan saya tidak boleh menggerakkannya seorang diri.

Begitu juga penglibatan saya dalam bidang muzik... serba-salah, antara hendak dan tak hendak, hinggalah ke hari ini. Kerana di dalam dunia seni pementasan dan seni muzik, ada banyak 'gray area' atau perkara-perkara 'syubhah' di dalam soal halal-haram.

Bila saya sampai di persimpangan di mana saya perlu memilih hala yang mana patut saya tuju... apakah saya mahu ikut jalan 'seni' atau ikut saja 'Islam' bila kedua-duanya tidak selari? Jawapannya bagi saya adalah jelas, saya pilih jalan 'Islam' dan tinggalkan 'seni'. Hanya bila 'Jalan Seni' bertembung dan selari dengan 'Jalan Islam' barulah saya akan menyusuri perjalanan seni.

Ini juga yang dilakukan oleh seniman Barat, Cat Steven yang meninggalkan dunia seni pada tahun-tahun 70-an untuk menjalani hidup baru sebagai Yusuf Islam. Baru-baru ini bila 'Jalan Seni' dan 'Jalan Islam' bertembung semula dalam hidupnya, barulah hilang was-was dalam dirinya untuk kembali semula berkarya dan menerbitkan album pop terbarunya 'An Other Cup'.

Pada pendapat saya, untuk melibatkan diri dalam kesenian berlandaskan Islam, seperti amnya bergiat dalam apa-apa projek keIslaman, perlulah berjemaah. Bukan setakat ada kumpulan saja, tetapi perlu ada 'jemaah' - kumpulan yang anggota-anggotanya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Dan matlamat dan tujuan jemaah Islam yang paling utama sekali adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam apa saja perkara yang diceburi, tidak kira bidang perniagaan, pendidikan, hiburan atau kesenian. Dalam Islam, kekuatan hanya boleh didapatkan dalam jemaah dan 'syaitan lebih mudah memesongkan dan menyesatkan domba yang bersendirian'.

Bila sudah ditetapkan matlamat dan tujuan utama ini (iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah), maka segala urusan jemaah menjadi jelas dan terpimpin. Apa saja yang hendak dilaksanakan mestilah berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sebaik-baiknya ada insan-insan yang berilmu untuk membimbing dan menasihati kita agar sentiasa berada di landasan yang betul. Golongan asatizah dan ulama' adalah orang yang paling sesuai untuk memegang peranan ini.

Dalam jemaah Islam, perlu ada pemimpin / amir yang dilantik. Pemimpin ini perlu ada ciri-ciri 'quwwah' dan 'warak' yang tinggi. 'Quwwah' ialah pengalaman dan ilmu yang mendalam kepada bidang-bidang yang diceburinya dan sifat-sifat kepimpinan. 'Warak' bererti taat pada setiap perintah Allah dan tidak melanggar larangan-larangan Allah. Contoh yang baik pemimpin-pemimpin yang mempunyai kedua-dua ciri ini ialah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Umar Bin Abdul Aziz dan Salahuddin Al-Ayyubi.

Buat masa ini, ciri-ciri sebuah kumpulan seni persembahan (performing arts) berciri Islam seperti yang saya sebutkan, belum lagi saya temui, kecuali dalam bentuk adhoc saja, seperti semasa pementasan drama 'Companions' yang saya karyakan bersama 'Muslim Students Society' Politeknik Ngee Ann, dan drama 'Hijrah' oleh 'SAFF-Perdaus'. Disebabkan inilah, saya tidak menceburi bidang teater ini secara laktif lagi.

Dalam bidang muzik pula, ada kumpulan-kumpulan muzik di Singapura ini yang bercirikan Islam, seperti kumpulan-kumpulan nasyid, SirrFillSirr, Nuradee dsb, yang mempunyai ciri-ciri jemaah Islam. Saya percaya, kumpulan-kumpulan yang saya sebutkan ini, selain daripada membuat persembahan dan menerbitkan lagu / album, mereka juga aktif dalam usaha-usaha keagamaan di luar bidang muzik... seperti saya dan Abg Adi dari 'Nuradee' pernah sama-sama aktif dalam sebuah jemaah Islam suatu masa dulu.

Alhamdulillah, saya juga dapati, kumpulan sastera ABASS yang baru ditubuhkan, juga mempunyai ciri-ciri jemaah Islam, cuma belum lagi dilantik amir, walaupun sudah nampak jelas siapa penggerak utamanya (bukan saya!).

Jika ada masa, sila baca artikel tulisan teman saya Shasel yang bertajuk 'Seniman Perlu Dampingi Rohaniman' yang memperkatakan isu yang sama.

Wassalam.

Saturday, December 22, 2007

The Poem of Death (author anonymous)

It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
Who is there? the sleeping one cried.
I’m Azrael, let me come inside.

At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,
He shouted to his sleeping wife,
Don’t let him take away my life.

Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone, I’m not ready yet.
My family depends on me,
Give me a chance, O please prepense!

The angel knocked again and again,
Friend! I’ll take your life without a pain,
Tis your soul Allah requires,
I come not with my own desire.

Bewildered, the man began to cry,
O Angel I’m so afraid to die,
I’ll give you gold and be your slave,
Don’t send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door, get up from your bed,
If you do not allow me in,
I will walk through it, like a jinn.

The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel’s stand.
I’ll point my gun, towards your head,
You dare come in, I’ll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying O Friend! prepare for you doom.
Foolish man, Angels never die,
Put down your gun and do not sigh.

Why are you afraid! Tell me O man,
To die according to Allah’s plan?
Come smile at me, do not be grim,
Be Happy to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame,
I had no time to take Allah’s Name.
From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my health.

Allah’s command I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.
A Ramadhan came and a Ramadhan went,
But no time had I to repent.

The Hajj was already fard on me,
But I would not part with my money.
All charities I did ignore,
Taking usury more and more.

Sometimes I sipped my favorite wine,
With flirting women I sat to dine.
O Angel! I appeal to you,
Spare my life for a year or two.

The Laws of Quraan I will obey,
I’ll begin Salat this very day.
My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self conceit.

I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity,
Wine and wenches I will detest,
Allah’s oneness I will attest.

We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands.
Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.

I’m afraid this moment is your last,
Now be reminded, of your past,
I do understand your fears,
But it is now too late for tears.

You lived in this world, two score and more,
Never did you, your people adore.
Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.

Your two ill-gotten, female offsprings,
In nightclubs, for livelihood they sing.
Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.

You ignored the Mua’dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Quran.
Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.

From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers, you underpaid.
Horses and cards were your leisure,
Money making was your pleasure.

You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.
A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save.

O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.
When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, this is true.

Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.
There is no time for you to repent,
I’ll take your soul for which I am sent.

The ending however, is very sad,
Eventually the man got very mad,
With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.

O Reader! Take moral from here,
you never know, your end may be near
change your living and make amends
or heaven, on your deeds depends.

God

is it possible for Man
with his limited ability
of understanding
to understand God
and His actions
without The Almighty
to guide him?

can we exist
without God?
can the created exist
without a Creator?

Listen, God our Lord Most High is one.
He is Almighty, All-Powerful
without beginning, without end
there is none like unto Him.

each of us are created
from a single sperm
and a single egg.

one sperm, one egg
from one father (Adam)
whose immaculate birth
without even a mother
is truly, a great miracle
from the One Creator.

I hereby bear witness
that there are no other gods
but Him.

Wednesday, December 19, 2007

Seruan (...LabbaikAllah)

entah kenapa
kedatangan Aidiladha
membangkitkan semula
kerinduan dan dambaan
paling dalam
paling agam
tasik jiwaku berombak kusam

tatkala menonton siaran tv
rencana dokumentari
dan liputan haji
kuterasa teringin juga hendak kembali
ke Tanah Haram yang pernah kujejaki
suatu waktu dulu
jiwa dirincik pilu
aku jatuh rindu

dalam kerongkongan telinga
sering bergema
suara-suara halus dan resah
Tanah Haram seolah-olah
memanggilku tak sudah-sudah
sahutku, aku kan datang, Ya Allah
menyahut seruan-Mu, Ya Allah
untuk menunaikan umrah sekali lagi
dan haji, insya-Allah
labbaikAllah...
labbaikAllah...

kedatangan Aidiladha
merenda rinduresah
dalam jiwa yang keluhkesah
yang takkan mungkin dapat dirungkai
selagi belum tertunai
rukun Islam yang kelima.



herman.mutiara
(19 disember 2007, dikemaskini 5 februari 2008)

Monday, December 10, 2007

Celik

basmala kubaca
aroma kuhela
kopi kurasa
subhanallah
manisnya
terasa di jiwa

celik mata hati
terbuka telinga batini
disirami kopi puisi

Sesat

dalam sungai deras ini
aku hanyut
tersesat
lalu terdampar
di pinggiran
salsabil

Suis Lampu

tekan suis
lampu bernyala
tekan lagi
lampu mati

begitu mudah
iman datang dan pergi?

Dialog Iblis dengan Allah

Kisah dan Teladan:
Tempat Tinggal Iblis
(Berita Minggu 9 Disember 2007, ms. 8)

Anas bin Malik berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada-Mu, oleh itu tunjukkanlah kepadaku tempat kediaman untukku."

Allah berfirman: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpula ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, pusat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Qur'an) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu adalah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya: Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah pula yang menjadi utusanku?"

Firman Allah: "Para utusanmu terdiri daripada para bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Qur'an yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta laukisan di badan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal dan yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasululah SAW: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu berasa bosan. Sesungguhnya amalan-amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, December 05, 2007

Al-Qur'an dan As-Sunnah -- panduan hidup kita

Salam semua,

Sekadar ingin berkongsi dua potong Hadis buat renungan.....

Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan padamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila berpegang teguh kepada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga." (HR Al-Muwatta' disahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami')

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda: "Sebagai pendahuluan, maka sesungguhnya sebaik-baiknya ucapan adalah Kitab Allah (Al-Qur'an), dan sebaik-baiknya petunjuk yaitu petunjuk Nabi Muhammad S.A.W. (Al-Hadis). Dan sejelek-seleknya perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat." (HR Muslim)

Dalam ertikata lain, jadikanlah Al-Qur'an & As-Sunnah itu sebagai satu kayu ukur / benchmark untuk kita mengendalikan kehidupan kita.

Juga, Allah S.W.T. telah memberikan kita masing-masing akal yang boleh membezakan yang benar dan yang batil, yang benar dan yang salah, yang logik dengan yang merepek. Akal dipertajami dengan menuntut ilmu dan berfikir.

Islam adalah agama yang logik dan faktual dan tiada ruang dalam Islam untuk keraguan dan kesamaran, apatah lagi ketidakbenaran.

Islam mengajar kita untuk berfikir untuk diri sendiri dan tidak menerima apa-apa saja informasi at face-value. Apa saja yang diterima tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, tetapi harus dikaji dan diselidiki kebenarannya. Kita sebagai Muslim harus jadi seperti jauhari yang dapat membezakan manikam asli dengan permata tiruan, kalau tidak hidup kita akan jadi sia-sia kerana mengejar bayang-bayang yang kita sangkakan syurga.

Pak Tua menangis sendiri
mengenangkan nasib diri
walaupun puas mencari
namun belum ketemui

Cik Buyung riang selalu
damai dan tenang hati
walaupun tak berusaha
dia ketemui


(M. Nasir, 'Insan dan Manikam')

Semoga kita semua dapat menjadikan Al-Qur'an & As-Sunnah pedoman dan panduan hidup kita dan dihindarkan dari perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama agar terpelihara jiwa dan raga.

Allahu a'lam bissawab.

Wassalam.


Herman Mutiara
04/12/2007

Tuesday, December 04, 2007

Tanda-Tanda Kematian? Yah RIGHT!!!!!

Dipetik dari blog Demi Pena:

[edit] Untuk membaca sebaran yang dimaksudkan sila klik - lampiran -

Dalam satu artikel yang difowardkan kepada saya mengenai alamat atau tanda-tanda kematian. Terdapat banyak perkara-perkara meragukan menyebabkan saya menulis risalah ringkas ini dalam kesuntukkan masa dan kesibukan harian. Setiap yang baik adalah dari Allah dan kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang tidak sempurna.

Tertulis di dalam artikel tersebut:

> Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan
> memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau
> mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
> sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
> menyediakan dirinya dengan segala persiapan
> termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
> sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
> kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya
> iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
> menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
> Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan
> bahagian mukanya.

Terdapat keraguan di dalam bahagian ini. Imam Ahmad ibn Hanbal wafat pada tahun 241H/865M [Dr. Wahbah az-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam, DBP]

Manakala Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali lahir pada tahun 450H/1058M [http://www.ghazali.org]/ .

Jadi adalah mustahil mereka bertemu kerana Imam Ahmad Ibn Hanbal telah wafat lebih kurang 200 tahun sebelum lahirnya Imam al-Ghazali. bagaimana pula Imam Ahmad boleh membantu menguruskan kematian al-Ghazali? Nampaknya pelbagai cara digunakan semat-mata untuk menyokong hujah bahawa manusia mampu mengetahui waktu ajal mereka.

Kematian adalah termasuk didalam perkara-perkara yang dirahsiakan Allah subhana wa ta'ala.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. [ Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari dalam sahihnya hadis no:4627]

Berkata Sheikh al-Alusi dalam komentarnya mengenai kiamat :

"Allah telah merahsiakan Al-Saa'ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar'i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakan ajal seseorang itu... dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa'ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu" [Tafsir al-manar]

Benar Baginda sendiri pernah bercerita kepada Fatimah tentang kewafatan baginda:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.

[ Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis no. 4486]

Namun adalah tidak mustahil untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengetahui perkara-perkara ghaib. Sumber kita dalam mengetahui hal-hal ghaib selain al-Quran adalah melalui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. HANYA Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerima perkhabaran dari Allah subhana wa ta'ala tentang perkara-perkara ghaib. Telah Allah nyatakan dalam firman-Nya:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. [al-An’aam 6:50]

Maka setiap perkara yang melibatkan hal-hal ghaib ilmunya mestilah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Alamat atau tanda kematian seperti yang disebar-sebarkan memang tidak terdapat hadis-hadis yang sahih yang menyokong pendapatnya. Maka darimanakah diperolehi pengetahuan-pengetahuan mengenai perkara-perkara ghaib tersebut?

Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian, diantaranya yang boleh kami sebut ialah :-

1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah swt dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar.

2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi saw menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati.

3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing.

4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang.

5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah swt, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan quailiti ibadat seseorang.

6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah swt selalu.

7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia, terutamanya bila Imam menghadapi zaman menurunnya.

Kita boleh bayangkan kalau setiap orang diberi alamat dan tanda kematian, sudah pasti mereka akan hanya melakukan taubat dan amal soleh bila sudah kelihatan alamat-alamat kematian sahaja. Berlakulah keadaan yang kucar kacir kerana orang-orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan (kejahatan) mereka kerana mereka mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat-alamat kematian tersebut. Disana ada perkara-perkara lain yang boleh diketahui berkenaan dengan kematian yang terdapat didalam hadis-hadis sahih, contohnya tanda-tanda kematian yang baik! [ Disunting daripada jawapan Ustaz Kamin dari al-ahkam.net.]

Wallahua’lam.

alFaisal
Cyberjaya
5 April 2006 / 6 Rabiul Awwal 1427
4.09 am