Wednesday, February 27, 2008

herman.mutiara@antologi.lagu.puisi [edisi terbatas]








Album ini menampilkan lagu-lagu ciptaan saya yang telah saya rakamkan sejak tahun 1998 lagi. Mutu rakaman tidak sebaik album-album terbitan syarikat rakaman professional kerana keseluruhan album ini dirakamkan di 'home studio' (lagu puisi) dan makmal muzik Politeknik Ngee Ann (lagu instrumental).


Sesiapa yang ingin mendapatkan CD ini, sila hubungi saya. Harga hanya $5, berserta tandatangan saya di cakera padat dan sampul album. Edisi terbatas, saya takkan buat lebih dari 20 keping.


Monday, February 18, 2008

Kantung Plastik

Ya Allah
ampunilah daku

setiap kali kuhimpun rahmat-Mu
dalam kantung plastikku
ia bocor
lantas tertumpahlah
rahmat-Mu ke tanah
menyuburi semua di sekelilingku

kecuali aku.


herman.mutiara
18 februari 2008

Sunday, February 17, 2008

SongsIWrite.com

Saya telah pergi ke lelaman ini selepas membaca artikel mengenai pertandingan Gegaran 2008 anjuran Perkamus di Berita Harian semalam. Menurut artikel itu, sudah ada kira-kira 1000 buah lagu Inggeris, Cina dan Melayu di lelaman itu. Setiap lagu yang dimainkan akan dibayar royalti.

Jadi saya pun sign-up dan letakkan lagu-lagu saya di sana. Surprise-surprise! Saya adalah artis Melayu pertama di sana!

Saya sudah letakkan 4 buah lagu Melayu saya dan sebuah lagu Inggeris. Alhamdulillah, setiap lagu sudah dimainkan sekurang-kurangnya 3 kali. Total: 18 clicks altogether so far since this morning.

http://www.songsiwrite.com/profile.asp?id=songs-1720

Saturday, February 09, 2008

Siapa yang dayus, bodoh, bacul, penakut? Dia atau kita?

Semalam, saya terima perutusan elektronik menerusi Borang Korresponden di Web Lagu Puisi saya. Begini bunyinya...

The following data was submitted via your form:

Nama: ade
Emel:
www.skeletz.co.id
URL:
Mesej: bangsat ci Islam

Sedih rasa hati. Nak marah pun tak boleh. Nak ketawa pun tak sampai hati.

Nama samaran.
Emel tiada.
URL yang diberi tak wujud di alam siber.
Lempar bom sembunyi tangan. Dayus. Bodoh. Bacul. Penakut.
Tapi siapa? Dia atau kita?

Yang bangsat bukanlah Islam, tetapi sesetengah orang Islam yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan memolitikkan Islam untuk kepentingan diri sendiri.

Adakah ini salah si penulis, atau salah kita yang bersikap sambil lewa hingga membiarkan kelakuan sesetengah orang dalam masyarakat kita yang menitikkan nila di belanga susu kita yang berharga? Kita sebagai khaira ummah sudah gagal menjalankan kewajipan kita.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang diturunkan untuk manfaat sekelian manusia...."
(Al-Qur'an, Surah Al-Imran ayat 110)

Renungkan dan fikirkan, wahai Muslim....

Wallahu a'lam.